![]() |
Biji jambu batu perlu dibuang sebelum makan untuk mengelakkan serangan penyakit |
Jambu batu dikatakan mengandungi banyak khasiat. Namun khasiatnya tidak akan diperolehi jika tidak mendapatkannya dalam kuantiti yang mencukupi, makan sekali tak akan terus dapat khasiat, lebih baik diamalkan. Kawasan tumpuan tanaman jambu batu di Malaysia adalah di Daerah Muar, Johor diikuti dengan Daerah Batang Padang, Perak dan Daerah Segamat , Johor.
Antara khasiat jambu batu ialah :
1. Merawat Luka
Untuk mengubati luka, ambil beberapa helai daun jambu batu kemudian cuci dan
giling hingga lumat. Selepas itu tempelkan pad luka dan balut dengan
kain. Tukar kain pembalut dan ramuan daun jambu sebanyak tiga kali sehari
sehingga luka sembuh. Air rebusan daun dan kulit batang jambu batu juga
boleh digunakan untuk mencuci luka kerana daun dan kulit batang jambu batu
mengandungi zat anti bakteria yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
2. Cirit-birit
Bagi mengatasi masalah cirit-birit, rebus daun jambu
sebanyak 15 hingga 30 gram dan minum.
3. Mengurangkan kolesterol
bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol yang tinggi dalam darah,
amalan memakan jambu batu setiap hari bleh mengatasi masalah ini.
Dikatakan amalan ini dapat membantu mengurangkan kolesterol sebanyak 18.8
peratus dalam masa seminggu.
4. Ulser mulut
Ambil segenggam daun jambu batu bersama sedikit kulit batangnya. Cuci
hingga bersih dan rebus. Biarkan seketika sebelum ditapis dan diminum iarnya.
5. Hilangkan bau peluh
Hiris buah jambu nipis-nipis dan keringkan. Kemudian tumbuk atau giling
hingga lumat. Sapukan pada ketiak untuk mengatasi bau peluh.
6. Tegangkan kulit wajah
Untuk mendapatkan kulit yang tegang dan cantik, ambil beberapa helai daun jambu
batu dan kulit rambai. Tumbuk bahan-bahan ini hingga lumat dan gunakannya
seperti menggunakan masker di wajah.
7. Menghilangkan rasa mual semasa mengandung.
8. Menurunkan paras gula dalam darah.
9. Mengurangkan berat badan.
10. Mengawal tekanan darah.
11. Mampu menaikkan sel darah putih dan merah.
12. Meningkatkan kadar sistem metabolisme.
13. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit.
14. Ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, immuniti).8. Menurunkan paras gula dalam darah.
9. Mengurangkan berat badan.
10. Mengawal tekanan darah.
11. Mampu menaikkan sel darah putih dan merah.
12. Meningkatkan kadar sistem metabolisme.
13. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit.
Ingat, jambu perlu dimakan
bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
Dengan khasiat yang ketara dalam jambu batu ini, ayuh dijadikannya sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan seharian kita.