Subscribe:

Thursday 23 May 2013

Jambu batu kurangkan kolestrol



Biji jambu batu perlu dibuang sebelum makan untuk mengelakkan serangan penyakit


Jambu batu dikatakan mengandungi banyak khasiat. Namun khasiatnya tidak akan diperolehi jika tidak mendapatkannya dalam kuantiti yang mencukupi, makan sekali tak akan terus dapat khasiat, lebih baik diamalkan. Kawasan tumpuan tanaman jambu batu di Malaysia adalah di Daerah Muar, Johor diikuti dengan Daerah Batang Padang, Perak dan Daerah Segamat , Johor.


Antara khasiat jambu batu ialah :

 1.  Merawat Luka
Untuk mengubati luka, ambil beberapa helai daun jambu batu kemudian cuci dan giling hingga lumat.  Selepas itu tempelkan pad luka dan balut dengan kain.  Tukar kain pembalut dan ramuan daun jambu sebanyak tiga kali sehari sehingga luka sembuh.  Air rebusan daun dan kulit batang jambu batu juga boleh digunakan untuk mencuci luka kerana daun dan kulit batang jambu batu mengandungi zat anti bakteria yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

2.  Cirit-birit

Bagi mengatasi masalah cirit-birit, rebus daun jambu sebanyak 15 hingga 30 gram dan minum.  

3.  Mengurangkan kolesterol

bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol yang tinggi dalam darah, amalan memakan jambu batu setiap hari bleh mengatasi masalah ini.  Dikatakan amalan ini dapat membantu mengurangkan kolesterol sebanyak 18.8 peratus dalam masa seminggu.

4.  Ulser mulut
Ambil segenggam daun jambu batu bersama sedikit kulit batangnya.  Cuci hingga bersih dan rebus.  Biarkan seketika sebelum ditapis dan diminum iarnya.

5.  Hilangkan bau peluh
Hiris buah jambu nipis-nipis dan keringkan.  Kemudian tumbuk atau giling hingga lumat.  Sapukan pada ketiak untuk mengatasi bau peluh.

6.  Tegangkan kulit wajah
Untuk mendapatkan kulit yang tegang dan cantik, ambil beberapa helai daun jambu batu dan kulit rambai.  Tumbuk bahan-bahan ini hingga lumat dan gunakannya seperti menggunakan masker di wajah. 

7. Menghilangkan rasa mual semasa mengandung.

8. Menurunkan paras gula dalam darah.


9. Mengurangkan berat badan.


10. Mengawal tekanan darah.


11. Mampu menaikkan sel darah putih dan merah.


12. Meningkatkan kadar sistem metabolisme.


13. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit.



14. Ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, immuniti).

Ingat, jambu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Dengan khasiat yang ketara dalam jambu batu ini, ayuh dijadikannya sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan seharian kita.

0 comments:

Post a Comment