Subscribe:

Friday 26 April 2013

Tembikai kaya dengan pelbagai vitamin

Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.

Pakar pemakanan mendapati buah tembikai mempunyai paras vitamin A, vitamin B6 dan Vitamin C yang tinggi





  • Vitamin A dalam buah tembikai amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes dari jangkitan kuman.
  • Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah.
  • Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses tua seperti katarak.
  • Buah tembikai mengandungi sumber Kalium(Potassium).Mineral kalium adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan ujud dalam setiap sel. Tahap kalium yang rendah menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang.

Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.


Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."


Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.


Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

Saturday 20 April 2013

Nanas si penyembuh batuk

Nanas ataupun nama saintifiknya Ananas Comosus adalah sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Nanas boleh didapati sepanjang tahun kerana ia bukanlah tanaman bermusim. Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang Nanas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk atau pangkal buah dan kultur tisu yang dijadikan benih

warna kuning menjadi tarikan penggemar nanas
Salah satu enzim yang ada dalam kandungan nanas ialah enzim bromelain. Enzim bromelain ini sangat baik untuk penderita batuk. Enzim ini dapat menekan rasa gatal pada tenggorokkan yang membuat batuk, mengurangkan inflamasi pada hidung, dan memecah lendir.Selain itu terdapat banyak lagi khasiat nanas yang bermanfaat untuk kita semua.


Antara khasiat lain ialah :

1. Membantu menurunkan berat badanMemakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian dapat membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

 2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

 3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

4. Memulihkan sembelit. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

5. Mencantikkan kulit. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.





Thursday 18 April 2013

Pisang bagi tenaga kepada kita





Buah pisang baik untuk kesihatan
Pisang pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika. Terdapat pelbagai khasiat buah pisang, antaranya ialah seperti berikut :

MERAWAT DARAH TINGGI
- Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘   tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.

SEIMBANGKAN FUNGSI JANTUNG
- ‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.
REDAKAN TEKANAN
- Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.
KURANGKAN RASA MUAL
- Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

ANTARA PENAWAR PENYAKIT MELALUI PISANG IALAH :
Darah tinggi dan strok – pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
Kolestrol – pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
AWAS : Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang.



Selain itu, kulit pisang dapat membantu menghilangkan parut luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira jenis apa pun, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.
100 gram pisang menyediakan : 
-
# 1.2 gm protein
# 0.3 gm lemak
# 17 mg kalsium
# 78 mg karotin
# 88 mg kalium
# 27.2 gm karbohidrat
# 0.4 gm fiber
# 116 kcal tenaga.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda bolehlah melayari laman  ini. http://panduanpercuma.info/kesihatan/1535/khasiat-buah-pisang/ .Moga artikel ini bermanfaat untuk anda.   
Buah pisang memberi tenaga manusia



Thursday 4 April 2013

Betik mudahkan proses penghadaman



Betik sangat berkhasiat untuk kesihatan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, dan 61 miligram per 100 gram kalsium, fosforus dan vitamin C. Sebenarnya setiap bahagian pokok betik dikatakan mempunyai kegunaan mereka tersendiri.

Biji betik digunakan dalam perubatan
Dalam buah betik nie sebenarnya kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok. 

Daun betik terutamanya pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam oleh penggemar ulam-ulaman. Namun begitu selain dijadikan ulam, daun betik juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Dikatakan sebelum adanya sabun, daun betik adalah alternatif terbaik sebagai bahan pencuci.

Jarang kita mendengar akar pokok betik boleh digunakan dalam perubatan. Namun begitu sebenarnya dikatakan akar pokok betik juga dapat digunakan dalam merawat seseorang yang mengalami pendarahan dan kencing tidak sempurna.

Buah betik sedang membesar
Yang pasti pokok betik terutamanya buah, daun dan akarnya mempunyai khasiat dan kegunaan yang pelbagai untuk kegunaan manusia. Antara khasiat betik adalah seperti berikut :
  • Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  • Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  • Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah ½ jam sebelum mandi.
  • Buah betik boleh mengawal dan mengurangkan berat badan.
  • Ia boleh menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
  • Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan.
  • Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
  • Daun betik tua boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi.
  • Daun betik boleh dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.
  • Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit.
  • Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis, boleh membantu.
  • Pucuk betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai banyak khasiat. Antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan badan. 
Betik boleh didapati dimana-mana sahaja terutamanya di kampung-kampung. Ini adalah disebabkan betik sesuai dengan apa-apa tanah dan mudah tumbuh. Untuk maklumat lanjut mengenai khasiat buah betik anda bolehlah melayari laman             http://miramawary.blogspot.com/2010/10/khasiat-kelebihan-buah-betik.html. Moga dapat membantu. Actually saya pun suka makan betik.. huhu..






Wednesday 3 April 2013

Delima For Health


Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.

Surah Al-An’aam ayat 99 dan 141 menceritakan tentang buah delima.
"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman" (6:99)
"Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan." (6:141) 


buah delima apabila masak
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
  1. Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  2. Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  3. Membantu penghadaman
  4. Membuang lemak-lemak berlebihan
  5. Menambah tenaga
  6. Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  7. Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  8. Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  9. Merawat atau membaikpulih pesakit kencing manis
  10. Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  11. Mencantikkan kulit

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima syurga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim) Rasulullah bersabda, “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi). 

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahawa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari syurga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)


Jus Delima yang siap dibotolkan 
Buah delima ini baik untuk kita semua. Jadi apa tunggu lagi, jom nikmati buah yang  berkhasiat ini. Mungkin ramai di antara kita tidak mengetahui khasiat sebenar buah delima. Untuk mengetahui khasiatnya dengan lebih mendalam bolehlah lawati blog ini http://giffarine2015.blogspot.com/p/khasiat-buah-delima.html. Moga dapat membantu anda semua.
Pesanan : makanlah makanan sunnah ini... :-)

Monday 1 April 2013

Dragon Fruit kaya dengan Vitamin



Buah naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga membesar sehingga lebih satu kilogram. Isi buah naga bewrna putih, merahh, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan. (Sumber:Harian Metro 7/1/2013)
Warna buah naga apabila masak

Bunga pokok naga mengeluarkan bau wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar yang bertindak sebagai agen pendebungaan. Bunga pokok naga berkembang semalaman dan menguncup selepas subuh dan berupaya menyimpan air. 

Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.

Industri buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh

buah naga sebelum dipetik

Antara khasiat buah naga ialah : 

- Mengandungi zat besi untuk menambah darah.
- Vitamin B1 (mencegah demam badan); vitamin B2 (menambah selera).
- Vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol).
- Vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).
- Mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesihatan jantung.
- Serat (mencegah kanser usus, kencing manis dan diet)
- Karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan mencegah masuknya penyakit).
- Kalsium (menguatkan tulang).
- Baik sistem penghadaman dan peredaran darah.
- Bertindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
- Mencegah kanser usus
- Mencegah kandungan kolesterol tinggi
- Menurunkan kadar lemak

Buah naga baik untuk kesihatan kita. Oleh itu saya menyeru kepada sahabat-sahabat agar makanlah buah naga sekurang-kurangnya sebulan 2 kali. Buah naga juga boleh didapati terus dari ladang. Bagi yang tinggal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan bolehlah mengunjungi atau membeli terus dari ladangnya yang terletak di Sepang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai khasiat buah naga bolehlah lawati http://yukidaniswara.blogspot.com/2012/12/10-manfaat-buah-naga-yang-harus-anda.html.

Moga bermanfaat untuk semua. 
Selamat membaca...