Subscribe:

Wednesday 22 May 2013

Anggur makanan sunnah

Allah s.w.t telah menyebut mengenai buah anggur dalam al-Quran sebanyak enam kali. Semua perkara berkaitan buah anggur dalam al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hamba-Nya.Khasiat yang terdapat dalam buah anggur ialah mineral(fosforus dan kalsium),vitamin A&B serta gula (glukos &fruktosa).Kandungan yang terdapat dalam buah anggur sangat diperlukan oleh limpa bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa.

Anggur ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sederhana sejuk. Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi.

 Antara Khasiat buah anggur ialah :

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

- Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya   mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.

2. Menjaga kesihatan organ pankreas
- Pesakit diabetes boleh mengamalkan pengambilan anggur hitam sebagai salah satu perubatan herba. Ini kerana buah anggur hitam ini mampu menurunkan kadar gula dalam darah.


3. Mengatasi gangguan ginjal
- Buah anggur hitam ini mampu menghilangkan kadar asam yang berlebihan pada ginjal.


4. Meredakan migrain
- Caranya dengan meminum jus anggur tanpa gula setiap hari. Pengambilan ubat tahan sakit dengan kerap akan menimbulkan berbagai kesan sampingan pada jangka panjang.


5. Mengatasi gangguan pencernaan
- Ini kerana anggur hitam mengandungi selulosa, asam organik dan kandungan gula yang rendah dapat dijadikan sebagai pencair najis bagi mereka yang mengalami masalah ketidakhadaman dan sembelit.


6. Mengurangkan kolesterol tubuh 
– Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.

7. Mengatasi masalah sembelit 
– Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.

8. Buah pinggang yang sihat 
– Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).

9.Mencegah jangkitan
 – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.

10. Risiko kanser 
 Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.


Gugusan anggur menarik perhatian penggemar anggur

0 comments:

Post a Comment