Subscribe:

Thursday 7 February 2013

Tabahkan Hatimu Wahai Sahabat

Pagi tadi terbaca post salah seorang sahabat baik sewaktu di SMAASZA dulu. Aku tahu kisah hidupnya. Kami sangat baik di alam persekolahan sehinggakan nak ke mana-mana kami tak boleh berpisah. Selepas habis tingkatan 5 kami tidak bersama lagi. Masing-masing dengan haluan masing-masing untuk mencari ilmu duniawi dan ukhrawi. Kawan, aku sentiasa doakan kebahagiaanmu.. Moga Allah sentiasa melindungimu di saatmu senang dan susah :-)

Lagu ni khas untukmu wahai temanku...

Selagi hayatmu di sini
Akan kau meniti hari demi hari
Suratan takdir yang menerka
Bukan alasan untuk kau memendam duka

Dirimu umpama purnama
Yang hilang cahaya dimamah gerhana
Terbenam di lubuk gelita
Terbiar dirimu dicengkam derita

Namun kupercaya suatu masa akan tiba
Deritamu akan pergi jua
Biarpun dunia memandangmu hina
Tapi tak mengapa
Ku kan bersamamu mengharungi hidup ini

Biarkan mereka kata apa saja
Biarkan mereka mencemuh menghina
Pedulikan saja halangan yang tiba
Semua itu adalah dugaan darinya

Tabahkan hatimu
Cekalkan jiwamu
Pasrahkan dirimu
PadaNya Yang Satu

Akan tiba waktu
Mereka kan tahu
Siapakah sebenarnya dirimu

Tabahkan hatimu
Cekalkan jiwamu
Pasrahkan dirimu
PadaNya Yang Satu

Akan tiba waktu
Mereka kan tahu
Siapakah sebenarnya dirimu