Subscribe:

Thursday 4 April 2013

Betik mudahkan proses penghadaman



Betik sangat berkhasiat untuk kesihatan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, dan 61 miligram per 100 gram kalsium, fosforus dan vitamin C. Sebenarnya setiap bahagian pokok betik dikatakan mempunyai kegunaan mereka tersendiri.

Biji betik digunakan dalam perubatan
Dalam buah betik nie sebenarnya kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok. 

Daun betik terutamanya pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam oleh penggemar ulam-ulaman. Namun begitu selain dijadikan ulam, daun betik juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Dikatakan sebelum adanya sabun, daun betik adalah alternatif terbaik sebagai bahan pencuci.

Jarang kita mendengar akar pokok betik boleh digunakan dalam perubatan. Namun begitu sebenarnya dikatakan akar pokok betik juga dapat digunakan dalam merawat seseorang yang mengalami pendarahan dan kencing tidak sempurna.

Buah betik sedang membesar
Yang pasti pokok betik terutamanya buah, daun dan akarnya mempunyai khasiat dan kegunaan yang pelbagai untuk kegunaan manusia. Antara khasiat betik adalah seperti berikut :
  • Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  • Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  • Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah ½ jam sebelum mandi.
  • Buah betik boleh mengawal dan mengurangkan berat badan.
  • Ia boleh menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
  • Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan.
  • Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
  • Daun betik tua boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi.
  • Daun betik boleh dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.
  • Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit.
  • Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis, boleh membantu.
  • Pucuk betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai banyak khasiat. Antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan badan. 
Betik boleh didapati dimana-mana sahaja terutamanya di kampung-kampung. Ini adalah disebabkan betik sesuai dengan apa-apa tanah dan mudah tumbuh. Untuk maklumat lanjut mengenai khasiat buah betik anda bolehlah melayari laman             http://miramawary.blogspot.com/2010/10/khasiat-kelebihan-buah-betik.html. Moga dapat membantu. Actually saya pun suka makan betik.. huhu..






0 comments:

Post a Comment