Subscribe:

Thursday 23 May 2013

Jambu batu kurangkan kolestrol



Biji jambu batu perlu dibuang sebelum makan untuk mengelakkan serangan penyakit


Jambu batu dikatakan mengandungi banyak khasiat. Namun khasiatnya tidak akan diperolehi jika tidak mendapatkannya dalam kuantiti yang mencukupi, makan sekali tak akan terus dapat khasiat, lebih baik diamalkan. Kawasan tumpuan tanaman jambu batu di Malaysia adalah di Daerah Muar, Johor diikuti dengan Daerah Batang Padang, Perak dan Daerah Segamat , Johor.


Antara khasiat jambu batu ialah :

 1.  Merawat Luka
Untuk mengubati luka, ambil beberapa helai daun jambu batu kemudian cuci dan giling hingga lumat.  Selepas itu tempelkan pad luka dan balut dengan kain.  Tukar kain pembalut dan ramuan daun jambu sebanyak tiga kali sehari sehingga luka sembuh.  Air rebusan daun dan kulit batang jambu batu juga boleh digunakan untuk mencuci luka kerana daun dan kulit batang jambu batu mengandungi zat anti bakteria yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

2.  Cirit-birit

Bagi mengatasi masalah cirit-birit, rebus daun jambu sebanyak 15 hingga 30 gram dan minum.  

3.  Mengurangkan kolesterol

bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol yang tinggi dalam darah, amalan memakan jambu batu setiap hari bleh mengatasi masalah ini.  Dikatakan amalan ini dapat membantu mengurangkan kolesterol sebanyak 18.8 peratus dalam masa seminggu.

4.  Ulser mulut
Ambil segenggam daun jambu batu bersama sedikit kulit batangnya.  Cuci hingga bersih dan rebus.  Biarkan seketika sebelum ditapis dan diminum iarnya.

5.  Hilangkan bau peluh
Hiris buah jambu nipis-nipis dan keringkan.  Kemudian tumbuk atau giling hingga lumat.  Sapukan pada ketiak untuk mengatasi bau peluh.

6.  Tegangkan kulit wajah
Untuk mendapatkan kulit yang tegang dan cantik, ambil beberapa helai daun jambu batu dan kulit rambai.  Tumbuk bahan-bahan ini hingga lumat dan gunakannya seperti menggunakan masker di wajah. 

7. Menghilangkan rasa mual semasa mengandung.

8. Menurunkan paras gula dalam darah.


9. Mengurangkan berat badan.


10. Mengawal tekanan darah.


11. Mampu menaikkan sel darah putih dan merah.


12. Meningkatkan kadar sistem metabolisme.


13. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit.



14. Ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, immuniti).

Ingat, jambu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Dengan khasiat yang ketara dalam jambu batu ini, ayuh dijadikannya sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan seharian kita.

Wednesday 22 May 2013

Anggur makanan sunnah

Allah s.w.t telah menyebut mengenai buah anggur dalam al-Quran sebanyak enam kali. Semua perkara berkaitan buah anggur dalam al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hamba-Nya.Khasiat yang terdapat dalam buah anggur ialah mineral(fosforus dan kalsium),vitamin A&B serta gula (glukos &fruktosa).Kandungan yang terdapat dalam buah anggur sangat diperlukan oleh limpa bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa.

Anggur ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sederhana sejuk. Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi.

 Antara Khasiat buah anggur ialah :

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

- Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya   mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.

2. Menjaga kesihatan organ pankreas
- Pesakit diabetes boleh mengamalkan pengambilan anggur hitam sebagai salah satu perubatan herba. Ini kerana buah anggur hitam ini mampu menurunkan kadar gula dalam darah.


3. Mengatasi gangguan ginjal
- Buah anggur hitam ini mampu menghilangkan kadar asam yang berlebihan pada ginjal.


4. Meredakan migrain
- Caranya dengan meminum jus anggur tanpa gula setiap hari. Pengambilan ubat tahan sakit dengan kerap akan menimbulkan berbagai kesan sampingan pada jangka panjang.


5. Mengatasi gangguan pencernaan
- Ini kerana anggur hitam mengandungi selulosa, asam organik dan kandungan gula yang rendah dapat dijadikan sebagai pencair najis bagi mereka yang mengalami masalah ketidakhadaman dan sembelit.


6. Mengurangkan kolesterol tubuh 
– Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.

7. Mengatasi masalah sembelit 
– Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.

8. Buah pinggang yang sihat 
– Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).

9.Mencegah jangkitan
 – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.

10. Risiko kanser 
 Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.


Gugusan anggur menarik perhatian penggemar anggur

Kiwi dan khasiatnya



    Antara salah satu buah yang dapat mudahkan proses peghadaman
    Antara khasiat kiwi ialah: 

    1. Merawat diabetis dan penyakit jantung
    Kandungan vitamin A,C dan E , magnesium yang tinggi dan karbohidrat amat sesuai untuk anda yang mempunyai diabetis.

    2. Mengurangkan sembelit
    Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi, di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin. Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus. Kandungan serat gantian yang tinggi membantu kanak-kanak menghasilkan najis yang lembut dan memudahkan pembuangan air besar dan juga dapat mengurangkan risiko lelah sebanyak 24% pada kanak-kanak. 

    3. Merawat radang paru-paru
    Kiwi emas mengandungi vitamin C dan E yang berupa anti oksidan untuk melindungi kesan kerosakan tisu peparu dan boleh meningkatkan fungsi respiratori dan mengurangkan frekuensi susah untuk bernafas.

    4. Merendakan tekanan darah
    Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan yang biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Walau bagaimanapun, jika tahap tekanan darah naik mendadak dan tidak dirawat, ia bukan sahaja boleh membahayakan diri anda dan nyawa bayi, malah dapat menjurus kepada masalah diabetes. Antara sebab terbaik untuk anda menjadikan buah kiwi sebagai sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

    5. Sesuai untuk wanita hamil
    Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ia mengandungi asid folik untuk membina sel darah merah dan perlindungan terhadap spina bifida.


    Jus kiwi menarik perhatian ramai

Tuesday 14 May 2013

Epal penawar kesihatan

Epal boleh didapati dalam pelbagai saiz dan warna

Epal merupakan salah satu buah yang mesra dan bermanfaat kepada manusia. terdapat banyak kebaikan epal, antaranya ialah :

1. Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.
2. Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
3. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
4. Melindungi sendi tulang.
5. Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).
6. Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
7. Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
8. Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
9.Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
Saidina Ali Bin Abi Thalib karramallahuwajhah berkata,

“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap”

Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.
jus epal sangat berkhasiat


Petua Membuang Toksid
Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.

NOTA: Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman. Jus ini juga dikatakan sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan mempunyai masalah darah tinggi. Tapi tidak digalakkan minum setiap hari, boleh diselang sehari atau 2-3 kali seminggu.
Dengan panambahan dalam pengambilan buah-buahan seperti epal, yang bukan sekadar sedap dan rangup, malah baik untuk tubuh badan! Menurut saintis, epal mempunyai bilangan bahan kimia, yang terdapt pada isi dan kulitnya, yang lebih berkesan dari pengambilan Vitamin C. Bahan kimia tersebut dikenali sebagai flavanoid dan polyphenol yang menjalankan fungsi sebagai anti-oksida, menghapuskan molekul yang bertanggungjawab merosakkan sel yang menyebabkan penyakit.

Kandungan Sebiji Epal :
·        - Asid Malik dan tartaric
·        - Pektin
·       -  Flavonoid