Nanas ataupun nama saintifiknya Ananas Comosus adalah sejenis tanaman
tropika yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Nanas
boleh didapati sepanjang tahun kerana ia bukanlah tanaman bermusim. Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang Nanas
ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk
atau pangkal buah dan kultur tisu yang dijadikan benih.
![]() |
warna kuning menjadi tarikan penggemar nanas |
Salah satu enzim yang ada dalam kandungan nanas ialah enzim bromelain. Enzim bromelain ini sangat baik untuk penderita batuk. Enzim ini dapat menekan rasa gatal pada tenggorokkan yang membuat batuk, mengurangkan inflamasi pada hidung, dan memecah lendir.Selain itu terdapat banyak lagi khasiat nanas yang bermanfaat untuk kita semua.
Antara khasiat lain ialah :
1. Membantu menurunkan berat badan. Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah
nanas dalam makanan harian dapat membantu menurunkan berat badan kerana nanas
menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.
2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas
melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan
anti-oksida.
3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang
kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh
daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam
tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan
barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan
meningkatkan sistem imunisasi.
4. Memulihkan sembelit. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk
memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.
5. Mencantikkan kulit. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan
menyingkirkan sel-sel mati dan rosak. Enzim di dalam
nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda
penuaan dan garis-garis halus.
0 comments:
Post a Comment