![]() |
Epal boleh didapati dalam pelbagai saiz dan warna |
Epal merupakan salah satu buah yang mesra dan bermanfaat kepada manusia. terdapat banyak kebaikan epal, antaranya ialah :
1. Amalan menghidu
epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.
2. Membersihkan
saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
3. Mengurangkan
risiko penyakit jantung.
4. Melindungi
sendi tulang.
5. Membantu
mengekalkan berat badan (epal hijau).
6. Kandungan serat
epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan
berlebihan.
7. Meredakan
masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
8. Anti-kolestrol.
Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
9.Selepas makan
makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan
zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
Saidina Ali Bin
Abi Thalib karramallahuwajhah berkata,
“Apabila anda
hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut.
Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan
dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan
lenyap”
Epal elok
dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan
vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk
mendapatkan khasiat herba.
![]() |
jus epal sangat berkhasiat |
Petua Membuang Toksid
Kisarkan sebiji
epal hijau dengan daun saleri. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum
memulakan sarapan.
NOTA: Ia dapat
membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem
pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman. Jus ini
juga dikatakan sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan mempunyai masalah
darah tinggi. Tapi tidak digalakkan minum setiap hari, boleh diselang sehari
atau 2-3 kali seminggu.
Dengan
panambahan dalam pengambilan buah-buahan seperti epal, yang bukan sekadar sedap
dan rangup, malah baik untuk tubuh badan! Menurut saintis, epal mempunyai
bilangan bahan kimia, yang terdapt pada isi dan kulitnya, yang lebih berkesan
dari pengambilan Vitamin C. Bahan kimia tersebut dikenali sebagai flavanoid dan
polyphenol yang menjalankan fungsi sebagai anti-oksida, menghapuskan molekul
yang bertanggungjawab merosakkan sel yang menyebabkan penyakit.
Kandungan Sebiji Epal :
· - Asid Malik dan
tartaric
· - Pektin
· - Flavonoid
0 comments:
Post a Comment